Memaparkan catatan dengan label DOORGIFT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOORGIFT. Papar semua catatan

Khamis, 13 Januari 2011

PROMOSI TERKINI

salam,
lama betul la blog x berupdate dah bersawang dah so amik masa sikit la nak kasi berseri sikit...hehehe..but any latest info silalah ke FACEBOOK ye

ok nie Nisa update utk PROMOSI 2011 and promosi utk kek kahwin dan beberapa produk lain akan menyusul.

utk pertanyaan dan tempahan sila hubungi NISA MOHD 019-3959743




Ahad, 17 Januari 2010

CC :Anniversary,Reunion,Makan2,Doorgift Nov 09 - Jan 10







Khamis, 10 Disember 2009

Muffin : Doorgift Majlis Perkahwinan


VIP GIFT (Marble Butter Cake)



Last minute order..a week before majlis.
1000pc assorted Muffin ordered by Jaja @ pengantin perempuan.
Majlis berlangsung di Dewan Presint8, Putrajaya

Muffin : Majlis Persandingan Ayu & Wan

Tempahan doorgift oleh Pn.Ayu @ pengantin perempuan 1000pc Muffin Almond Chocolate Chip with Vip Gift.Majlis berlangsung Julai yang lalu.Berkonsepkan 'jawa'...purple menjadi tema warna majlis..cantik!!



VIP GIFT





Jumaat, 10 Julai 2009

Cookies & Weeding Cake

Simple je kan??Order dari Pn. Shuhada or Cuda dari Seremban (tokey teset nie).Nie bukan hantaran cake tau..wedding cake...Cuda request nak yg simple & tomei utk wedding adik lelakinya.Kek moist Coklat about 2kg.Cuma warna bunga tak berapa naik...Cuda nak warna merah tp Nisa rasa mcm tak kene pulak sbb tema katanya colour pink/purpel...huhuhu..to Cuda & family Thanks ya!!

Nie pun sama butter almond cookies order dari Cuda..yg love2 tu nak wat hantaran & yg lelain tu nak wat dorgift & ngap2 sendiri..tak ingat la berapa pcs tp design nya cute size!!Thanks Cuda

Khamis, 11 Jun 2009

MUFFIN & HANTARAN CAKE : En. Razak


Tempahan dari my neiber Cik Ani & En. Razak untuk hantaran Majlis pertunangan anak gadisnya Ilham Mardhiah pada 23 May lalu...Moist Chocolate berlayerkan Cheese Cake...Kotak Hantaran Cik Ani dah siap tempah so Nisa just buat kek ikut saiz kotak tue.Berat anggaran 2kg++.Deco Nisa wat simple sbb kotak tu dah agak'heavy' so kalo wat deco lbh2 takut nampak serabut...Thanks Cik Ani/ En. Razak & Family!!To Ilham congrats!!


Nie pulak Muffin Chocolate Chips & Blueberry Filling buat tetamu jemputan...Kenduri mmg meriah mcm kenduri kahwin dah!!!Menu yg disediakan mmg lazat..menu wajib kalo tuan rumah wat kenduri...Nasi Arab!!maveles...hehhehee

Rabu, 13 Mei 2009

MUFFIN : Doorgift Almond Chocolate Chip

Tempahan dari Alyn..anak saudagar lembu terbesar kat Tapah nie (hehehhe).Muffin nie siap pack dlm domecup (tak ingat langsung nak snap gamba) utk doorgift Majlis Makan Malam Institut Profesional Baitulmal(IPB).Majlis diadakan di Dewan Felda, Jalan Semarak,KL.Terima kasih byk2 Alynn ye......

Khamis, 7 Mei 2009

CC : Fondant Hantaran & Doorgift cupcakes plain

Ini tempahan dari my aunty 'Moksu' untuk dibawa ke Kg. Gajah,Perak sempena Majlis Pertunangan anak buahnya.Order yang dah dibook seawal berbulan2 dgn 'kadar istimewa' hehehe..
Fondant Topping & base cake flavor mix butter & chocolate moist.Tema katanya suka ati..so minta tolong Mak utk deco box & Ami pulak mendeco fondant (Ami tgh gile main fondant).


Nie pulak sebahagian 50pcs cupcake vanilla & cappucinno flavor utk doorgift majlis pertunangan tue.Packing dalam plastic kebetulan ada stok warna pink so match dgn box hantaran..walla!!Nantikan promo utk cupcake ala2 bahulu nie ye...
Anyway TQ Moksu...lain kali order lagi ye..bab rege mcm biasa bleh bw bincang..kuikuikui

Selasa, 28 April 2009

MUFFIN : Choc Chip Almond & Bluberry

Tempahan nie diterima agak last minit tp kuantiti tak byk & free from any order.Order dari My SIL Kak Zura & Cik Zul sempena anniversary perkahwinan katanya.80pcs mix Muffin Rich Chocolate Chip Almond & Blueberry filling siap pack dlm dome cup untuk diberi kpd member2 staff Maybank,KL.Ada jamuan minum petang.
Delivery ke Menara Maybank dekat pkl 4pm ditemani bodygad 'Akem' dgn Zara.Amboi..Zara siap dpt upah baby doll dari Mami @ MakUdanya.Akem pulak on the way back je..bile tanya lapar tak??nak kasi upah nie....hehehe laju je kata "lapa..tadi mkn bihun grg je.Nak Mc'D" Uishh..ble thn hajat tekak..hehehhe...sebelum balik singgah KFC tapau kan le..but thanks Akeem!!

MUFFIN BLUEBERRY FILLING

RICH CHOCOLATE CHIP ALMOND Emm..tgk la tue.Little Chef Zara tgh sibuk packing muffin..tq Chenta Ibu..rajin betul sampai terlondeh baju hehehe..

Isnin, 13 April 2009

MUFFIN : Assorted Muffin in a box

Tempahan diterima dari Haji Razak/Cik Ani dari Kampung Malaysia Tambahan (my neber sblh tembok je).
Assorted muffin & diselitkan juga CC...Dari sblh kiri Muffin with Kiwi Filling,Strawberry Filling,CC Moist Choc with BC,Almond Chocolate Chip & Bluberry Filling.

Setiap box ada 25pc..Muffin nie as a buah tgn kpd tetamu dari Masjid Tanah yg bertandang dgn 'hajat' ke Teratak Ilham tghari Sabtu lalu.

Ramai juga yg hadir walaupun acara yg berlangsung haritu cuma majlis 'merisik' je..Juadah yg disediakan mmg menyelerakan dan pelbagai(but nisa tak dpt rasa pun sbb slps hantar order Nisa terus ke Class Baking)

Anyway tq so much to Haji Razak & CikAni serta family.Tq!!rasanya sesuai juga utk dijadikan hantaran kan?! :-)
*Nantikan promosi utk assorted muffin nie!!

CC : The Very Last Minit Order...80 BOX!!



Tempahan 80 box CC ini oleh Puan Zurina aka my SIL dari Kejuruteraan Bumi Air.Setiap box diisi dengan 3pcs CC flavor moist chocolate dengan dihiasi simple deco menggunakan buttercream(design sebenar lain tp tak ckp BC la pulak...)

Di sebalik 'projek' nie..tersebutlah al-kisah a long story mori..sbb pjg so malas nak cite tp kite pendekkan cite..hehhehe.Nisa terima order nie dlm pkl 12 tghari 9 April 09..order nak pada 10 April 09 pkl 9.30am..deliver to Shah Alam..So just bayangkan dengan takde pembantu dlm masa singkat tue..of course 'berperang' le dgn masa dgn tenaga..nak2 lagi dgn my little chef Zara.Nisa cuma sempat lelapkan mata about 30minit masa nak tidurkan Zara...Anyway Alhamdulillah all finished walau tersasar sedikit dari masa...after selesai my hubby g deliver..kemas2 ala kadar mandikan Zara suap Zara mamam....then tidoooo.Tghari my beloved suami..tapaukan nasi kukus...Mlm nanti perlukan lagi tenaga utk siapkan for the next order.

Thanks to Kak Ina!!Next time order at least 2 days b4 ye kalo order byk2 mcm ni ye..hehehhe :-p

Selasa, 7 April 2009

MUFFIN : 1000pc mix flavor

Tempahan diterima dari Suraida,Bandar Baru Ampang.1000pc Muffin berperisa Moist Choclate with Almond/Strawberry/blueberry/Kiwi.Last minute order..seminggu sebelum majlis berlangsung.Memang kelam kabut sbb Muffin yang diminta bersaiz L dimasukkan dalam domecup yang berhias ribbon & tq tag.Time tue dah le nak chinese new year..supplier domecup bleh tutup awal...nak tak nak terpaksa g Yummie,Bangi dgn harga 2x ganda!!Untung pun kene le cut....Anyway thanks tu Suraida & husband...

GOLDEN..RED..PURPLE???emmm

Tempahan ini diterima oleh Niza dari Taman Ehsan,Kepong.Niza awal-awal lagi dah book GEBU08 untuk menyediakan doorgift,kek hantaran serta wedding kek yang kesemuanya mahu ber'toping'kan Fondant.Majlis perkahwinannya yang berlangsung serentak dengan adik lelakinya....Meriah sungguh majlisnya yang sempat saya singgah semasa menghantar kek kahwinnya.

Untuk kek perkahwinannya,Niza mahukan 2 tiers moist chocolate.Disebabkan kek agak berat (1st & 2nd tier setiap satu 2kg+) Nisa tak dapat nak balancekan utk letak 'tiang seri' seperti yang pengantin mahukan.So bagi mengelakkan kek tumbang Nisa tindankan dan add another 1 tier...so dah jadi 3 tier.Warna tema majlis GOLD so bagi menyesuaikan keadaan Nisa padankan White & Gold dgn diserikan fresh flower 'kekwa'...puas cari roses..takde le pulak!!!


Kek Hantaran ini untuk diberikan kepada pihak lelaki.Kata Niza warna tema hantaran kuning tapi Niza pulak berkenan dengan warna merah.So untuk menyesuaikan keseimbangan warna agar tak nampak 'over' nisa selitkan warna kuning dalam kek hantarannya yang berperisa lemon.Kalo ikutkan Niza nie dia nak all in red & box kuning..alamak!!hehehe..

Ini pula 110pc doorgift untuk para tetamu VIP.ehh..warna ungu pulak..nape ek???hehehe..Niza kata nie feveret color dia.Ok..CC nie flavor moist coklat.

Sebenarnya Nisa ingin memohon seribu kemaafan kepada Niza.Hampir kesemua tempahan tidak dapat mengikut seperti apa yang dirancang.Sepatutnya kek kahwin tu nak ada tiang seri.Yang lain-lain tue sepatutnya gubahan/kuntuman handmade roses tapi Nisa kesuntukan masa..mula-mula anakku Zara demam panas & sakit mata..pastu husband kene jangkit sakit mata then ME!!Seminggu before majlis Niza...kami sekeluarga telah kehilangan 'atok' yang kami kasihi di Kampung Gajah,Perak.Nisa memang dah pulang 2 hari awal sebelum pemergiannya.So nak curi-curi masa pun tak sempat...order untuk bulan Mac hampir kesemua Nisa terpaksa cancel but NOT for Niza sbb dia dah book sinced bulan Januari09.

Anyway to Niza & Razif serta adiknya & pasangan...Tahniah..Selamat Pengantin Baru!!Tq