Isnin, 6 April 2009

SALAM PENGENALAN

Salam mesra..Alhamdulillah syukur ke hadrat ILLAHI dengan keredhaan & keberkatan dariNYA kini GEBU08 telah pun SETAHUN usianya dalam perniagaan alam siber.Kini Gebu08 telah mendapat kesepekatan bersama Chef-chef part time (Chef Kila & Chef Ami) untuk berpindah ke banglo baru bagi keselesaan semua pihak.Secara rasminya semua info yang terkini dari dapur GEBU08 akan dikemaskini di dalam blog ini.Namun rumah lama tidak akan dikunci bagi membolehkan anda menziarahi bagi melihat hasil-hasil produk GEBU08 yang lalu.Secara berperingkat produk-produk yang terpilih akan saya paparkan juga disini.

Mengimbas kembali 1 April 2008, pada mulanya GEBU08(nama GEBU ini idea dari suamiku..En.Zamri..TQ) melalui http://gebu08.fotopages.com hanyalah untuk 'test market' memandangkan pada waktu itu saya sedang sarat mengandungkan puteriku IMAN ZAHRA & perniagaan ini juga saya ceburi bagi mencari rezeki sampingan setelah menjawat jawatan surirumah sepenuh masa selepas kelahiran puteriku.

Alhamdulillah hingga kini perniagaan saya berjalan baik dan diharap terus berkembang.Pelbagai misi untuk direalisasikan pelbagai agenda telah diaturkan..Insyaallah dengan berkat kerjasama & sokongan dari suami & puteri tercinta,keluarga tersayang,kenalan & para pelanggan yang dikasihi..GEBU08 akan terus maju & berkembang.AMIN

Tahun 2009 ini Insyaallah dapur GEBU08 akan menghasilkan produk-produk baru yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini serta pelbagai promosi menarik akan ditawarkan.Mutu produk kami akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.Saya juga Insyaallah jika ada kelapangan & 'kebebasan' dari puteriku akan menghadiri kelas/bengkel bagi mempertingkatkan ilmu.Untuk makluman semua saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas bagi mempelajari bidang ini kerana tidak berkesempatan.Semuanya hanya bergantung kepada pengalaman membuat biskut & kek sejak di bangku sekolah lagi.Rujukan-rujukan saya adalah internet,buku,majalah & pengalaman.

Oleh itu kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan sila hubungi saya di talian 017-3660411 atau 012-3499030 & boleh juga email kepada saya ke gebu08@yahoo.com.my

0 comments:

Catat Ulasan