Selasa, 7 April 2009

GOLDEN..RED..PURPLE???emmm

Tempahan ini diterima oleh Niza dari Taman Ehsan,Kepong.Niza awal-awal lagi dah book GEBU08 untuk menyediakan doorgift,kek hantaran serta wedding kek yang kesemuanya mahu ber'toping'kan Fondant.Majlis perkahwinannya yang berlangsung serentak dengan adik lelakinya....Meriah sungguh majlisnya yang sempat saya singgah semasa menghantar kek kahwinnya.

Untuk kek perkahwinannya,Niza mahukan 2 tiers moist chocolate.Disebabkan kek agak berat (1st & 2nd tier setiap satu 2kg+) Nisa tak dapat nak balancekan utk letak 'tiang seri' seperti yang pengantin mahukan.So bagi mengelakkan kek tumbang Nisa tindankan dan add another 1 tier...so dah jadi 3 tier.Warna tema majlis GOLD so bagi menyesuaikan keadaan Nisa padankan White & Gold dgn diserikan fresh flower 'kekwa'...puas cari roses..takde le pulak!!!


Kek Hantaran ini untuk diberikan kepada pihak lelaki.Kata Niza warna tema hantaran kuning tapi Niza pulak berkenan dengan warna merah.So untuk menyesuaikan keseimbangan warna agar tak nampak 'over' nisa selitkan warna kuning dalam kek hantarannya yang berperisa lemon.Kalo ikutkan Niza nie dia nak all in red & box kuning..alamak!!hehehe..

Ini pula 110pc doorgift untuk para tetamu VIP.ehh..warna ungu pulak..nape ek???hehehe..Niza kata nie feveret color dia.Ok..CC nie flavor moist coklat.

Sebenarnya Nisa ingin memohon seribu kemaafan kepada Niza.Hampir kesemua tempahan tidak dapat mengikut seperti apa yang dirancang.Sepatutnya kek kahwin tu nak ada tiang seri.Yang lain-lain tue sepatutnya gubahan/kuntuman handmade roses tapi Nisa kesuntukan masa..mula-mula anakku Zara demam panas & sakit mata..pastu husband kene jangkit sakit mata then ME!!Seminggu before majlis Niza...kami sekeluarga telah kehilangan 'atok' yang kami kasihi di Kampung Gajah,Perak.Nisa memang dah pulang 2 hari awal sebelum pemergiannya.So nak curi-curi masa pun tak sempat...order untuk bulan Mac hampir kesemua Nisa terpaksa cancel but NOT for Niza sbb dia dah book sinced bulan Januari09.

Anyway to Niza & Razif serta adiknya & pasangan...Tahniah..Selamat Pengantin Baru!!Tq

0 comments:

Catat Ulasan